Tikus Putih, Biology practical with procedure.


Assalamualaikum All readers,

  Actually practical tikus ni dah lama sangat, lama sangat dah disimpan rapi dalam folder yang terlalu sarat kat dalam laptop nie. yelah, masa saya kat matrik, mana lah sempat nak tulis blog panjang panjang kan. kalau nak menulis pun tenga malam, bila rasa tak boleh tidur.. tak pun bila rasa malas nak study. jangan mengikut aksi ini ketika di rumah atau sekolah. :)

 After matrik baru ada kesempatan nak tulis blog balik. Sekarang semakin rajin lah nak menulis blog sebab sekarang saya officially suri rumah tangga yang amateur. nampak sikit ala ala kekampungan disitu. tapi bagi saya nampak macam anak dara pilihan menantu okay.. hihi

 so sebelum masuk lab practical benda paling wajib ialah baju makmal. kalau feeling lupa bawak baju makmal kena lah merempat balik bilik or tak pun pinjam sesiapa yang ada kan. tapi itu pun kalau lecturer strict lah. yang tak strict tu pun mungkin pejam mata. tapi obviously semuanya agak strict tentang baju makmal nie.. terpulang nasib malang korang la..


Baju makmal Matrikulasi.
Actually dalam makmal kita tak boleh main phone dengan jayanya kay. lagi main snap snap gambar.
sama sekali dilarang yah~ terkeluar indonesia dikit.. hehe
so kesimpulannya jangan buat aksi terlarang ni. 
saya boleh lah, lecturer saya dah bagi permission. *smile*


n
Tikus putih yang comel yang bakal tidur untuk selamanya..

 
First : Pasang pin pada tangan and kaki tikus. make sure pin dalam angle 45"
kedua : ambil forcept untuk angkat kulit di bahagian tengah tikus. 
ketiga: gunting lapisan kulit berbulu pada bahagian tengah and buat lubang. then potong straight sampai penis (male) or vagina (female) pepandai lah tengok jantina tikus.
kalau tak tahu, tanya lecturer. tapi selalunya dia bagi tikus male. 


after follow step ketiga, korang kena main tarik tarik sikit.
keempat : tarik ketepi kulit yang berbulu tu dari badan dia. stretch kan dia and pin.
nanti jadi macam gambar atas.
 tapi masa tarik tu hati hati kat bahagian tangan dia. kat situ ada blood vessel  
kalau pecah tak ke pening ke nak tengok organ bercampur dengan darah kan..


kelima : gunting bahagian kulit nipis. gunting dengan lemah lembut dan berhati hati sampai ke penis or vaginaa . sebab telalu nipis, takut terpotong organ pulak.? kesian tikus korang..
after potong korang akan nampak macam kat gambar atas. untuk lihat jantung and paru paru potong 
rib cage tikus . see done!
anda boleh berbangga dengan diri sendiri. hehe

oke this is my partner, actually practical ni kena buat pasangan tapi oleh sebab
dia kata dia tak sampai hati nak buat pembedahan. hehe pembedahan sangat kan? so dia bagi kat saya. betapa exitednya saya bila dia kata macam tu. terasa kepala ada pelangi siap hujan bunga oke..
yela saya boleh buat pembedahan dengan tangan saya sendiri.. terima kasih nazwa rahmat love yaw~
she my bestfriend in matrikulasi. I miss her a lot.. 


sampai sini, terima kasih kerana membaca .*kiss*

15 comments:

Aennathirah said...

kesian kat tikus tu..muehehe..

Tcca Anuar said...

@Aenn Athirah :

: kita pun sebenarnya kesian. hehe

Unknown said...

Seramnyaa tengok . Nasiblaa saya bidang akaun dulu . Hehehe .

Tcca Anuar said...

@farra anuar :

: hehe saya pun seram jugak. mesti best ambik account kan?

azwaa said...

dulu kat PASUM pun bedah tikus juga. T.T sedih sangat sebab tikus tu comel~

Tcca Anuar said...

@Azwa Mislan :

: wah pasum. pandainya awak! betul, tikus tu mmg comel :)

Unknown said...

Tak sabar nak ambik kelas Biology.. ;)

Tcca Anuar said...

@Siti farhahnis :

: eh tak sabar. relax relax.. selamat belajar biology kay :)

najihahanuar said...

comel nya isi perut dia,kesiannya kat dia

Anonymous said...

kesiannnnnnnnnnnnnn huwaaaaaaaaaaaaaaaa :'(
tahun lepas masa bedah katak form 5 hihi , lagi kejam sebab katak hodoh , tapi tikus ni comel sangat :3

Tcca Anuar said...

@Nur Najihah :

: isi perut dia comel ? :) kita pun sebenarnya kesian :(

Tcca Anuar said...

@ The Silencer :

: kita bagi tisu, jangan nangis kay. katak comel jugak ape. hehe

If said...

Bestnyalah..saya dulu masa Form 3 je sempat buat amali mcm ni, tapi bedah katak. walau rasa geli geleman tp alhamdulillah lepas hoho. Lepas tu mintak benang dgn cikgu sebab nak jahit balik. bila cikgu kata, eh buat apa? Kalau dah habis, kemas.
Terkejut gila...dalam kepala siap fikir, "mcmana dgn anak bini dia yang duduk tunggu di rumah? kesian..." haha efek tengok kartun banyak sangat...

Tcca Anuar said...

@murni afiqah

: hehe tapee.. bedah sebab nak belajar. dulu masa akak form 4 dulu pun bedah katak, pun tekejut rupanya kita kena buang jee katak tuh. hehe btw thanks sharing cerita awak.. :)

Ricky said...

Izin nak gune gambar, alamat tercantum

160