Ceritera Sarawak Part 1

Assalamualaikum and hi readers,



Well, sekarang dah masuk semester dua, but then belum ada enry tentang my life kat Sarawak. So ini permulaan ceritera saya kat sarawak oke. Kalau orang tanya kehidupan saya kat sarawak, saya dah mula kata Sarawak sangat best. Kalau anyone pernah baca entry tentang before nak ke Sarawak betapa kuno nya diri tentang Sarawak. haha tapi entry tu rasanya dah revert to draft dengan jayanya. sebab malu dengan penulisan pendek akal diri sendiri. hihihi

so apa yang terjadi dekat saya is banyak perubahan atas diri saya sendiri. If dulu anything mesti akan need pertolongan orang lain terutama my parent. Tapi sekarang mula pandai buat kerja atas kaki sendiri. Kalau dulu beli barang mesti nak my mom yang belikan makanan or pakaian.  sebab dulu lebih prefer beli barang dengan my mom sekarang dah pandai beli barang sendiri. Sampai baru saya sedar rupanya saya ni boleh membeli barang dekat kedai dengan cepat. Kadang kadang 10 minite bole dah sampai kaunter bayar. huhu bangga dengan diri sendiri. maklum kita ni harus puji diri sendiri sikit, bagi nampak self esteem tinggi menggunung. hehe

Then, sekarang saya dah boleh kelakar bahasa melayu Sarawak and iban sikit sikit. *kelakar means bercakap/berkata in bahasa malay sarawak* Boleh lah even kadang kadang keluar macam indon sikit, kihkih tapi well sekurangnya ada effort jugakkan. haha lagipun kat sini saya ada kira family kawan kat Sarawak,. her mom so baik and borak dengan diri dia pun nampak sangat humble sangat. Kalau visit rumah dia, adik dia umur 4tahun akan main dengan saya, so selalu communicate dengan dia in bahasa Sarawak. Thats why saya boleh cakap bahasa Sarawak sikit sikit. Even ramai sangka saya orang Sarawak, well of course saya akan ye kan je. haha

Tempat Universiti saya dekat kota samarahan, so kalau orang kata tempat tu dekat dengan pendalaman, rasa macam nak nak cekik cekik je bagi bisu. Rasa nak ajar dia baca peta. Then dia kata tempat saya susah nak cari makan or tak maju. Haih, tahu tak UNIMAS dekat dengan shopping mall,yes memang ada pekan tapi semua complete. Milo kesayangan pun ada kat sini, cuma Gardenia jarang ada. . Kalau ada pun mahal gilosss. kira oke daripada Universiti lain. Then kalau cakap pasal sarawak kat kawan mesti diorang bayangkan pasal sumpit dengan cawat. tahu tak sampai sekarang saya tak pernah jumpa benda alah tu. Saya rasa kan Sarawak perlu kembangkan dia punya iklan tu dengan kemodenan Sarawak jugak. Sebab mentaliti macam saya dekat semenanjung lain. Dulu pun saya expect Sarawak adalah hutan, sumpit, iban and cawat. itu dulu lah tapinya.... realitinya Sarawak pun ada kemodenannya oke..

so Jangan risau Sarawak adalah bandar yang punyai kemodenan juga di sebalik hutan hutan. Kalau dapat tawaran belajar dekat Universiti Malaysia Sarawak, saya harap supaya excited untuk terima tawaran tersebut. Kelengkapan dengan UNIMAS sangat thorbaik terutama dengan student dari negeri semenanjung. so as conclusion, Sarawak Best and Rawk!


Bersambung..

oke till then,
Terima kasih kerana membaca.


Saya Perempuan

Assalamualaikum,

saya perempuan dan saya sedang terasa hati.

saya selalu dengar lelaki cakap, perempuan  tak perlu belajar tinggi tinggi nanti alih alih tetap dekat dapur jugak. tak perlu belajar jauh jauh dari keluarga. Buang duit je belajar sampai Master nanti lepas kahwin tetap tak bekerja. Duduk rumah jugak. So lebih senang tak payah belajar. Lebih baik kahwin muda muda, kan waktu muda kaum perempuan still subur, boleh dapat anak ramai.

Ada sesetengah lelaki juga cakap, Perempuan tak perlu belajar sangat. Nanti suami jugak tanggung makan minum. Perempuan lebih baik belajar memasak, menjahit, dan kemas rumah. Just practise untuk jadi isteri yang baik. kekonon dengan alasan bukan untuk siapa pun untuk suami dengan anak anak. Dan banyak kali saya dengar lelaki yang terlalu "HEBAT" cakap,  perempuan yang tak reti masak perlu direject, tak cukup kriteria untuk jadi isteri yang baik. siap memastikan masakan perempuan tu sedap ala ala mak atau nenek yang pakar memasak, barulah calon pilihan utama.

Whatt? * sambil buat muka annoying tahap panda dan sedang siap sediakan alat untuk memanah.*











 Angkat dan lepas anak panah. Pastikan anak panah Aim betul betul dekat mulut Gene XY. Sambil cakap ini akibat mulut tade insuran. lepaskan anak panah. dan gelak sepus puasnya. orang jahat akan kena terima balasan. Penonton pun bersorak gembira, padan muka pada penjahat..
 HAPPY ENDING.

Oke, Sambung balik..

Jujur, Saya sebagai perempuan saya benci perkara tu,

Kenapa lelaki boleh belajar tinggi dan perempuan tak boleh?? Perempuan pun hebat apa. Salah ke kaum perempuan nak belajar tinggi. Dulu orang kutuk perempuan ni tahap IQ tahap rendah,perempuan dulu ditindas sebab tiada pendidikan. But sekarang dah ada pendidikan pun orang pertikaikan. Lebih baik kahwin lah ape lah. Iskk.. sikit sikit kahwin. Kau ingat Perempuan ni hidup untuk kahwin je ke??

Perempuan dah ada pendidikan mungkin lebih daripada seorang lelaki, tapi tak bermakna kitorang tak boleh memasak beb. Kitorang tahu lah alih alih kitorang kat dapur jugak. Tapi itu adat Melayu oke..  kalau kita tengok tugas seorang Isteri dalam islam tugas isteri hanya Melayan suami, Melahirkan anak dan Mendidik anak.

so wahai lelaki luar sana, Kerja memasak, bertukang, mengemas rumah, or menjahit tu kerja seorang lelaki kalau ikut dalam islam. Kau nak kata perempuan tak reti masak, nak reject pulak. Padahal itu sepatutnya kerja para lelaki yang gagah dan hebat diluar sana.

 Kata nak ikut Sunnah Rasullullah.

Amboi kalau nak Kahwin Poligami tu kau pandai pulak nak ikut Sunnah Rasullullah, Kerja kerja sebagai suami tu kau tak nak pulak kata ikut Sunnah. Kata lelaki gagah beb, takkan nak memasak pun tak boleh.. so boleh lah  kepada semua perempuan di dunia ni pulak nak cakap lelaki tak tahu masak kena reject, siap cakap tak layak jadi suami... saya pasti lelaki kat luar sana sakit hati. Padahal masa kaum korang cakap macam tu dekat kaum perempuan, tak fikir perasaan kaum saya. *emo emo*

Saya tak salahkan adat melayu yang memilih perempuan yang pandai memasak tu satu pilihan yang baik. Betul tak salah. tapi kadang kadang rasa macam tak adil bagi saya sendiri. Lelaki seolah meletakkan tanggungjawab diri dia  kepada perempuan.sedangkan semua tu tanggungjawab mereka sendiri. Kalau rasa kau perlu menyara keluarga, kau ingat perempuan tidak boleh ke menyara diri sendiri. Perempuan sama hebat dengan lelaki walaupun kami hanya ada satu akal.

Saya tak cakap sekadar menulis tanpa merasai. Ini pengalaman saya. Setiap lelaki yang saya sudah lama kenal dan baru sahaja kenal akan bercakap pasal semua ini. Ada pengalaman dari kawan saya jugak, yang pernah her tunang suruh dia masak. tapi oleh kerana dia masak macam kurang sedap agaknya, habis putus tunang, saya tak kisah kena masak tapi kadang kadang jangan melampau. saya rasa macam lelaki Malaysia macam otaknya sempit. Nak seorang isteri ke tukang masak?

saya perempuan dan saya harap lelaki faham. Saya perempuan dan saya sedang terasa hati dengan kaum adam. saya perempuan bukan hidup diatas bumi untuk hanya berkahwin dan menjadi hamba lelaki.


P/s: penulisan ini mengandungi unsur berat sebelah dan mempunyai emosi terlalu kuat. Maaf sekiranya penulisan menyakiti mana mana pihak, dan hanya untuk menyedarkan sahaja. By the way, kalau anda bukan seorang lelaki seperti yang saya cakapkan. Saya ucap seribu tahniah kepada anda, kerana anda mungkin satu daripada seribu lelaki yang baik. Berbeza dengan lelaki di luar sana. Salute!




My First Two and My Adorable 2014


Assalamualaikum and Hi Readers,

After taip, terus membaca. after membaca terlena sampai pagi. Bangun sarapan bertemankan Runningman. after that buka slide Cognitive psychology or Introduction of science cognitive. baca 10 minit dah penat, nampak katil tidur balik.. Well Dasar Pelajar Berjaya. haha Assignment plus exam final for my first semester for my Bachelor Of counselling in organization In Unimas, Terlampau sibuk sampai lupa bahawa dah masuk tahun 2014. Even no one text me for happy new year. 
  Oleh sebab itu, saya tak sambut kat mana mana tempat untuk new year tahun ini. Almaklum far away dari keluarga then no boyfie, so more focus in study and friends. Lepaking in 24 hours study room at my college, sebabnya internet laju plus takut tertidur lama kalau stay dalam bilik. hihi sooo..
2014 : Theme vintage and adorable

  Goodbye 2013!
  one year feel like a thousand year. gain a lot experience. a lot of thing make me more matured. become more independence. and I start to appreciate what I have and my beloved people. Alhamdullillah, I'm Happy how I am. Goodbye my teen.. always keep in my Long term memory.

  Hello 2014!
  20 years old. Hello number two. I wish to be more cherish with my beloved family and friends. lot of bless. Get hard for my dream and my inspire. become more positive and rational person. Be a great counselor. Insyaallah. and the real thing is I don't even decide what is my "azam" for this year. haha Become a great woman maybe? Ameen.

Hold this year tight. Go fighting for my long long journey.

Take care guys!
Till then, Terima kasih baca.

Travelogue Sepang Gold Coast Beach.

Assalamualaikum and hi dearest readers,

 Actually bukan travelogue sangat pun, just more photographic landscape dekat pantai Gold Coast tu je. Testing guna my Nikon. Lagipun Pantai kat sana lawa lawa cuma bila tengah hari, air nya surut. sampai kering kontang tepi pantai tu. seriess! haha nasib baik tade gambar nya. rasa lawak sebab airnya turun mendadak. then nanti ada ketam keluar dari lubang lubang. haha comel sangat.. Excited nampak ketam kecik kecik. ohmaigosh, nampak tak jakun atiqa neh. hehe

 Pergi sana pun, sebenarnya sebab kawan my dad ajak BBQ kat sana. semua bawa family masing masing, tapi cuma family kitorang je anak dah besar besar. anak kawan my dad semua kecik molek lagi. huhu tade kawan, tapi nasib baik budak asasi ukm ajak ikut proggrame dorang. kalau tak kebosanan mengadap laut je. hehe

 terasa malas tahap panda cecomel pulak tetiba. scroll down tengok gambar je kayh hehe

see, the ungu shirt, thats my handsome daddy. :)ni dekat tepi pantai, best sebab tepi pantai ada banyak pokok, tade lah berjemur sangat. sesuai untuk orang yang malas pakai sunblock macam saya. Tak pure melayu lah kalau pakai sunblock ken.. Eh? hehe =,=

 The Gold Coast Resort view,

if nak stay kat sini pun bole, tapi dah kalau rumah dah lebih kurang satu jam setengah sampai, rasa macam tade feel je duduk hotel ken. lain lah stay capetown ka New york ka? baru nampak Gah kedevas, Taylor swift pun jelous kat I. hihi



excited sampai senyum sampai mata pun sepet. hehe ha, nak zoom letuww~ klik gambar untuk growing kay. tengok kejap je, jangan lelama, nanti jatuh cinta. hihi



fly high and be strong - from me to a kite
Alhamdullillah tabah juga dia dekat langit tu. kena angin membadai tetap stay cute. ah layang layang pun nak vogue jugak. huhu

last one, ku ukir nama ku di atas pasir suci. hehe tak pergi pantai lah kan, kalau tak tulis nama atas pasir.. huhu

 For me Pantai Gold Coast Sepang memang sangat cantik, tenang jiwa kalau pergi. pasir pun putih shining berseri. tempat pun luas, banyak kedai makan kat situ.. then tayah risau perompak ke pencuri ke sebab ada RELA jaga kawasan tu. feeling safe sangat sangat. hehe cuma toilet tak diselenggara dengan baik yea, kotor meh.. ouh yea, toilet pun tersorok. Kalau jenis penakut, macam saya.. sila bawak teman satu kampung oke.. meriah sikit ken toilet tu. hehe

oke till then, terima kasih baca oke :)
stay gorgeous untuk raya nanti yea. hihi


Infographic : Makanan untuk mengelakkan masalah penghadaman.- Daviscon


Assalamualaikum readers yang awesome.

  Rasanya cepat sangat Ramadhan bakal melabuhkan tirai. and syawal bakal mendatang kan. Tinggal berapa hari je nak puasa, tak tahu lah kalau saya seorang je yang rasa tapi puasa tahun 2013 terlalu cepat. rasa macam semalam je berpuasa. rasa macam tak puas je puasa tahun ni. haha padahal dah tak sabar nak raya kan, siap dah beli baju raya, kasut raya, kuih raya, langsir raya, kereta raya, ah semua benda nak raya dah beli, nasib baik boyfriend raya takde lagi. hehe

 Tapi hari ni bukan nak cerita pasal barang barang raya. tapi tentang makanan yang kita makan masa berbuka puasa and Makanan raya nanti. Almaklum lah kan, kita ni khusus rakyat malaysia yang cantik dan tampan kekadang bila makan semua nak sumbat dalam perut selagi perut tu tak mengembung macam ada baby 3 bulan tak nak stop makan kan. 

 Yelah sape sanggup melihat rendang didepan mata tapi tak makan! 



   Yelah sape tak terliur tengok kuih pelita didepan mata tapi tak makan.!


 Yelah siapa sanggup tahan lapar tengok lemang masa raya tapi tak makan!



dan yelah mana ada semangat raya kalau coca cola depan mata tapi tak boleh minum! *ek macam pelik je huhu my mum kata tak elok minum, nanti keci manis. my mum cakap lah, tapi kekadang miinum jugak. hihi*




 semua makanan tu makanan yg kita always makan masa raya kan, then makan banyak sekaligus pulak tuh, memang menyebabkan pedih ulu hati or sembelit kan then ada jugak yang kena cerry berry kan.? so kat sini Daviscon dah bagi sikit pesanan untuk anda anda semua untuk elak semua perkara yang merosak hari anda ketika raya.

  kepada yang still tak tahu apa itu pedih ulu hati/heartburn adalah :

bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada...pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang. -kata pakar 

  Antara sebab musabab pedihnya ulu hati :

masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid drpd perut ke dlm esofagus..bagi sesiapa yg pertama kali mendengar istilah esofagus..ianya adalah satu tiub atau saluran yg menghubungkan mulut dan perut anda...fungsi esofagus adalah menyalurkan makanan yg anda makan terus ke dalam perut.

 Oleh kerana itu, Davidscon telah memberi sedikit pesanan melalui infografik untuk anda sekalian. Betapa sayangnya Daviscon dekat kita semua. sila terharu sekalian. hehe *fuh, macam ayat dalam dewan bahasa oke*




baca baik yea, kawan kawan !
tengok bagi susunan colour pada carta, mana yang perlu makan lebih and yang mana tak perlu makan banyak. Alert oke. jangan main makan semua benda, sayangi diri anda seperti anda sayang ibu/mak anda. Mendalam kan ayat dia. hehe

 last but not least.
 Sanggup ke Family, sanak saudara, kawan kawan, boyfriend/ girlfriend anda semua beraya sakan tapi uolls beraya ulang alik ke toilet. fikir fikirkan selamat beramal. :)

till then, terima kasih baca.

Bila Perempuan diikategorikan tidak lawa dan tidak sempurna.

Assalamualaikum and hi readers,

  Kalau perempuan mesti kena lawa, lelaki tak handsome dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti kena kurus, lelaki gemuk dikira takpe..
  kalau perempuan mesti kena putih, lelaki gelap dikira takpe..
  kalau perempuan mesti pandai bergaya, lelaki  sakai dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti rajin, lelaki pemalas dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti kena pandai, lelaki bodoh dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti tinggi ilmu agama, lelaki jahil dikita takpe..
  Kalau perempuan mesti pandai masak, lelaki tukang makan dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti bersih, lelaki pengotor dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti kena sopan, lelaki mencarut dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti kena sabar, lelaki panas baran dikira takpe..

Karya atiqa anuar..

 

1. Lelaki perfectionist tahap pertama

Jujur, saya tak suka lelaki demand anything dari saya. Tambah kalau lelaki tu kritik apa yang saya pakai, I never care, apa saya pakai janji look sopan and cantik kat mata saya. kadang kadang saya annoying dengan lelaki yang kununnya perfectionist. contoh lelaki perfectionist tahap pertama,

"siapa yang nak jadi isteri saya mesti pandai masak and boleh jaga pakai jaga saya! kalau tak, kena reject"

 Soo demanding.. seriously menyampah sangat. Awak ingat isteri, awak tu hamba abdi seumur hidup awak.? yea, saya tahu perempuan kalau boleh pandai masak, tak sanggup makan kat luar hari hari kan. tapi sampai reject tu, sangat too much. Kalau yea pun, awak nak isteri pandai masak, tak perlu canang kat semua orang. simpan dalam hati, doa supaya dapat isteri yang awak idamkan. macam tu caranya oke :) saya tahu, dimata lelaki. kalau perempuan tak reti masak ni kira bukan wanita idaman lelaki malaya. Girl take note.


2. Lelaki perfectionist tahap kedua

 Lagi satu kalau perempuan kurang lawa dan gemuk, Sedih nak cerita, even bukan saya yang kena. Masa saya kat sekolah dulu, ada sorang lelaki ni takdelah handsome mana pun, tapi kunun macam gangster kat sekolah.. kira famous lah, bajet handsome gila, padahal muka !@#$%^ . haihhhh. My dad pun dua kali ganda lagi handsome. ada one day tu, perempuan badan besar *ayat sopan* ni suka kat mamat tuh, then  dia reject and cakap..

 "Weh badak lumpur, aku lebih sanggup bercinta dengan gajah cacat kat zoo dari bercinta dengan kau!"

 dengar pun macam kena heart attack. nasib baik after mamat cakap macam tu, perempuan tu lempang dia sampai tergolek. padan muka! Kebanyakan lelaki melayu tak banyak yang handsome pun, tapi demand nak perempuan cantik. Kalau tak cantik, nak pandang sikit pun tak.. bukan tu je, siap kutuk lagi. Tak sedar diri betul. Saya tahu setiap lelaki suka  tengok kecantikan perempuan kan? tapi tak perlu kutuk sampai menghina. perempuan juga manusia. And Girl kat luar sana, awak semua cantik.. kalau lelaki menghina diri anda, Katakanlah, Diriku ciptaan Allah, hanya Allah yanh sempurna.. :)


The end, thanks baca ,
p/s : Wahai perempuan, jagalah diri anda .
you can take everything dalam entry ni. tak perlu minta izin saya :)


Ceritera Gambar Lawak : English Vs Kelantan



Assalamualaikum georgeous readers,



  Tadi buka facebook , sekali kawan matriks from kelantan, post benda ni. first tak faham tapi bila baca betul betul. ada isi tersembunyi. hehe kreatif betul budak budak ni cipta. hihi

  Tak faham ? sila baca ayat bunyi dari bahasa English kay.

happy blooging semua :) terima kasih baca..


Review Product : Juliana Francoise BB White Serum From HiShop

Assalamualaikum and Hello eveyone,

 Well today, saya nak Review Francoise BB White Serum. Oleh kerana AidilFitri lagi lebih kurang 26 hari , of course kita nak kulit kita bertambah sihat dan cantik. kalau boleh no more pimple, acne or warna kulit yang tak sekata kan. So saya dah cuba one product yang sangat sangat baik untuk muka kita. bila pakai boleh nampak kesan ketara, terutama muka kita jadi semakin putih dan siapa ada parut cecomel di muka, dont worry boleh hilang. Paling penting langsung tade kesan sampingan yang memudaratkan. Seriesly sangat awesome. 

Kalau anda Beli dari Hishop, semua product dijamin selamat, and customer service mereka sangat terbaik. kalau ada sebarang masalah, senang nak berurusan.macam orang kata First Class Service can Get First Class Customer. well, Hishop never let u down seriesly.

My Hishop Box. so pink, para penggemar pink pun bole Histeria tengok colournya.Dalam gambar tak nampak sangat, mode dalam Nikon make picture macam pudar, hew hew

Masa buka box Hishop,feeling excited mmg ketara. Siap ada Coupon oke, Nak Voucher?Tunggu Diakhir Entry oke. Khas untuk My readers. Rasa Istimewa kan jadi readers saya? hihihi

See, packaging yang siap ada bubble. selamat dari retak, or pecah.Feeling safe sangat sangat. no worries. and Of Course no leakage at all. Secubit garam pun tade oke.

 Juliana Francoise BB White Serum * love this Product so much*
Harga : RM69.00

Antara Kebaikan Juliana Francoise BB White Serum
1.Sesuai untuk semua jenis kulit, setiap titisan BB White Serum kaya dengan EGFs, peptida amino-asid, Ekstrak Mulberry dan Asid L-askorbik untuk faedah pemutihan segera dan jangka panjang.

95% mengalami kulit putih lutsinar
92% melihat peningkatan keseluruhan dalam kulit
83% melihat peningkatan dalam kelicinan kulit

Kebaikan Tambahan :

Mengurangkan tona kulit tidak sekata, pigmen dan pembentukan melanin,
Menjana semula sel-sel kulit dengan cahaya yang berpanjangan dan kulit yang sihat,
Membaiki kerosakan kulit dari radikal bebas, pencemaran dan membentuk,
Menggalakkan kulit yang putih licin halus,
Mengukuhkan ketahanan semula jadi kulit


  Masa First dapat then baca kebaikan semua tu, Jujur agak ragu sikit. Boleh ke, product ni mencantikkan kulit setulus mulus, So saya buat experimen kat tangan dulu. sebab tangan saya hari tu ada sedikit parut, sebab saya teguris dengan besi panas kat dapur. Nasib baik kecik je. hehe 

Investigation tentang Juliana Francoise BB White Serum  :

nampak kan parut yang kecil comel tu, then saya letak BB white Serum tudekat tangan yang ada kesan parut tu. then urutkan sikit bagi sekata dan sampai dia menyerap. if sesiapa tak suka Serum yang berminyak saya suggest guna Serum ni, sikit pun tak berminyak. Bau dia wangi. tapi tak terlalu wangi, bau lembut.  if nak describe bau sangat susah sebab bukan bau bunga, tapi macam bau yang sangat menenangkan. seriously.
Suka sangat.


Yeay, dah hilang parut. Cuma kalau perhati elok elok mungkin nampak sikit. tapi Overall sangat hebat kan.. Lastly tunggu lebih kurang 30 minit parut anda akan pudar. Depend on skin kot, kalau my adik pakai kesan 5 minit dah nampak perubahan sikit. mungkin sebab bukan senangkan nak pulihkan skin yang rosak. hew hew. so skiranya My Experiment Jaya dengan Cemerlang. Happy sangat !


Love you Juliana Francoise BB White Serum *kisses*
but my adik told me like saya nak masuk kan Serum tu dalam hidung, haihhh =,=

then Buat experiment untuk kulit muka saya pulak. oleh sebab saya ada kulit yang tak sekata then saya ada parut jerawat sikit sikit, so sangat sangat membantu, Happy raya ada kulit yang berseri. hehe Lihat gambar di bawah.

nampak muka saya nampak lebih putih dan glow. kulit tak sekata pun boleh makin pulih.
see, nampak halus dan mulus sikit. tak perlu tunggu sampai sebulan pun dah cantikkan. hehe

yeay, boleh feeling confident untuk raya nanti, saya dah cuba, anda bila lagi ?
anyway, hope boleh kurus kan pipi untuk raya 2013. 

OVERALL JULIANA FRANCOISE BB WHITE SERUM :

Price              : RM69.00
Repurchase : Of Course
Rating            :  9.8/10 *because of the price* hehe


For more information, kindly visit HISHOP:
HiShop Malaysia Website: www.hishop.my
HiShop Facebook: facebook.com/hishopmy
HiShop Instagram: @hishopmy
HiShop Twitter: twitter.com/hishopmy

Subscribe HISHOP :  http://www.hishop.my/subscribe

Exclusive for My readers :

HISHOP CASH VOUCER #1
 RM20 discount di HiShop.my ,by entering the discount code: TRYUSNOW. 
Valid until 31 August 2013.
RM20 redemeeable against purchases worth RM 100 and above only

HISHOP CASH VOUCER #2
RM 20 discount di Hishop.my, by entering the discount code : HS0713
valid until 31 July 2013
RM20 redemeeable against purchases worth RM 100 and above only.
This Voucher is valid for multiple transactions

WHITE.MY VOUCHER
8% off your purchase with White.my by entering discount code : WH0713
Valid before 31 July 2013
This Voucher is valid for multiple transactions

MILKADEAL VOUCHER
8% off your purchase with MILKADEAL by entering discount code : MAD0714
valid before 31 July 2013
This Voucher is valid for multiple transactions


the End, terima kasih kerana membaca. peace~
Enjoy your Discount oke!

Tahniah, keputusan upu degree dah keluar!

Assalamualaikum semua,

 Well sebenarnya pagi tadi sahur macam biasa then after kemas kemas barang rumah, then sambung balik tidur. Nampak sangat bukan anak dara pilihan. First Ramadhan je boleh stay sampai subuh, kunun nak istiqamah tapi haihh, bila hari kedua Ramadhan dalam mimpi je lah istiqamah tu. luls 

* Bubur Sosej* Resepi buat bubur tambah sosej, senang kan. hehe


Roti warna warni, khas untuk budak budak.

  So After, my mum kejut dengan jayanya, *macam budak budak je kena kejut dengan ibu kan? hehe* Tade orang lain pun nak kejutkan saya selain my mum. Almaklum single memang begitu caranya. hehe so dengan lemah long lainya terus terus sidai baju semua, kemas rumah sikit then tunggu Pak Cik TaQbin dari Zalora *nanti kita update apa saya beli* Sebenarnya bukan lah pak cik pun, Abang boleh dikatakan. Manis rupanya. huhu puasa pun boleh cuci mata. Astagfirullahalazim.. cubalah try Insaf lebih sikit. isk isk~

  then dah jumpa abang posmen TaQbin terus on laptop. First of course buka email dulu. Mana lah tahu tetiba Top bigbang email kata rindu ke? khalyalan semata mata. Tak kenal Top Big bang anda boleh Google oke. then Macam biasa buka Facebook , masa tu dalam 11.55 kot. then ramai dah kata nervous tunggu UPU. lepas baca Status dorang, muka dah kelat. kenapa saya  ni noob sangat sampai result UPU keluar hari ni pun tak tahu. adess,

  Dah pukul 12 webpage tak boleh buka pun? Sekali kawan recommend check guna sms. Dah sent text kat 15888 then dia balas lambat. Benci tau buat , rasa berdebar. so saya main game, online facebook. sekali bunyi cecomel dari handset. ha, terus sambut then selawat sikit then buka....

  First Impression : hah Alhamdullillah, but  what to do after this..?
  Second Impression : oke, what my mum reaction nanti?
  Third and so on : Kinda Rock man! Feeling syukur tapi rasa serba salah. Haihh~

  Oleh sebab saya tak check guna webpage so saya letak kat facebook and printscreen je.. Khas untuk tontonan anda. macam lah ada orang tengok kan?

* masa printscreen baru perasan ada typo tadi* luls

  So Dah tahu kenapa Impression tadi kenapa. yea, saya dapat universiti Malaysia Sarawak UNIMAS. Jujur rasa macam tak percaya. kalau jauh tapi still dekat semenanjung boleh terima kan. ni dah menyeberang. Well still Alhamdullillah sangat sangat. Sekurangnya saya dapat peluang untuk sambung belajar.  Congrats Atiqa. Tahniah anda bakal memasuki dunia Degree. *eh boleh pulak tahniah kat diri sendiri hikhik*

 And Maaf, sebab entry ni panjang sangat, seba nanti bila saya dah degree ke, saya nak baca balik entry ni. maaf kalau tak suka :) terima kasih kerana membaca !

  

My First Ramadhan and My First Tarawikh

Assalamualaikum and hi,

 Alhamdullillah Happy sangat dapat jumpa lagi Ramadhan tahun ni. Syukur sangat. and Alhamdullillah dapat puasa pertama hari ni, and solat terawikh pertama malam ni. Kes semalam takde kesempatan nak Solat terawikh. isk isk~

  Well puasa hari ni, agak mencabar. Dugaan besar pada subuh hari pertama Ramadhan, mula mula seriesly rasa tak redha dengan dugaan tu, tapi but now Alhamdullillah. rasa lega sangat hati ni. Semuanya dah saya redha. Tenang sangat hati, well hari ni banyak belajar sabar, and belajar kurang kan ego.

*Ihsan Google*

  Sebab Ego terlalu tinggi, and perlu kan masa untuk reduce ego tu.. haihh~ Jujur susah sangat sangat. semua because saya selalu fikir saya ni betul dan orang lain salah. even rasa malas nak mengaku, tapi itu lah kenyataan nya. Kesian kamu, Atiqah . Hidup dalam ego yang tak memberi apa apa.

  So start hari ni saya ada wishlist Ramadhan saya. tapi lain kali lah wishlist tu saya tunjuk. I mean tunggu entry baru. oke? *luls macam ada orang baca je entry ni hihi*

  Till then, para muslim and muslimah, Selamat Berpuasa.
  Assalamualaikum. take care~
  perasan tak gaya tulisan ada gaya islamik sikit. hehe pengaruh Ramadhan kot.
  peace~

saya tulis pada 10 Julai 2013 *untuk kenangan*


Kerana Terlalu Sempurna dan Untuk Siapa Sempurna mu

Assalamualaikum and hi,


   kadang kadang saya banyak fikir, terlalu fikir kenapa tak kurus macam seohyun girl generation, kenapa tak cantik macam Katy perry, kenapa suara saya tak sesedap Celine Dion, kadang kenapa kulit saya tak se flawless macam Ji Hyo Runningman.  kenapa life saya tak Happening macam Paris Hilton, kenapa saya tade boyfriend macam taylor Swift dan ouh yea, kenapa saya tak jadi blogger yang famous amous seperti Irene Nadia Marcello , Hanis Zalikha dan Fatin liyana.
 
  Well, jujur rasa cemburu dengan kesempurnaan orang lain.



   tapi bila fikir balik, kalau saya dapat jadi seperti saya idamkan. kalau saya sempurna dengan kulit saya cantik kalah Siti Nurhaliza, life yang sangat awesome, siap boleh pergi Paris, Sweden, or England tiap tahun. Bila saya famous amous macam Angelina Jolie and saya sangat berbakat dalam artistik . Semua itu cukup saya fikir saya sempurna..

  tapi saya sepatutnya menyesal. tanya saya sendiri, kalau benar saya sesempurna itu, betul ke saya betul betul bahagia? untuk siapa Sempurna itu?  adakah untuk diri sendiri atau untuk satu dunia melihat anda dengan rasa kagum? tapi tak pernah sedikit pun saya peduli tentang itu

  Dalam hati berkata : Kecewa dengan tubuh mu yang tak reti bersyukur.


  Khas untuk Atiqah Bt Anuar (myself), yang hatinya terlalu memandang kesempurnaan.
  Sedarlah , Hidup bukan satu imaginasi kesempurnaan. Sesungguhnya kamu manusia paling tamak. :(



Ceritera Lawak : Surat Mr Bean untuk Bill Gates

Assalamualaikum and hi awesome, enjoy your reading.



 "Hi Malaysia. apa khabar. Jerebu kat luar sana jangan main asap oke. pastikan anda jangan bernafas! demi keselamatan anda"


Surat Mr bean kepada Bill Gates

Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenalpasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang ‘START’ tetapi
saya dapati tidak ada butang ‘STOP’. Saya minta
Tuan tolong periksa?

2. Saya sudah pelajari ‘Microsoft Word’, sekarang
saya mahu pelajari ‘Microsoft Sentence’. Bila Tuan
akan menjualnya?

3.Di dalam komputer saya terdapat ‘Microsoft
Office’, bagaimana dengan ‘Microsoft Home’
kerana saya menggunakan komputer ini di rumah?

4.Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah ‘Gates’,
tetapi Tuan menjual ‘Windows’ kenapa tidak
‘Doors’?

Saya menanti jawapan Tuan.

Sekian Terima kasih,

Mr. Bean 



p/s  :  kalau anda Bill Gates apa jawapan anda. beri kan sikit jawapan yg bernas oke. hihi
btw dah lama tak tengok cerita Mr bean. rindu..

Ceritera Cinta romantik : Hargai dia selagi disisi

Assalamualaikum semua,



Boy : awak tutup mate kejap..
Girl : okey.. awak cepat sikit , gelap ni..
Boy : ye sabar kejap.. *boy pergi menyorok jauh dari tempat tu*
Girl : dah boleh buka mate..?? awak, mane awak..?? *girl buka mate* mane awak pergi ni..??
Boy : *send sms'' now awak dah buka matekan..? okey ape awak rase bila saya takde depan mate awak tibe-tibe saya harap awak hargai segala kehadiran saya dalam hidup awak :') jangan cube menangis bila saya dah takde dalam dunia ni, mase tu saya nak awak tahu yang saya sayang awak sangat-sangat, cube bayangkan kalau ni text last dari saya.. saya nak awak hargai segala kenangan kite, Iloveyou..''

Girl : mane awak ni..?? jangan laa buat saya risau.. *menangis sambil cari boy..*

Boy : *tutup mate Girl dari belakang* saya dekat sini sayang dah dah, jangan menangis lagi :'D

Girl : awakk..! jangan laa tinggalkan saya, saya tak nak kehilangan awak :(
Boy : saya tak akan tinggalkan awak.. nasib baik saya datang balik.. kalau saya balik terus tinggalkan awak macam mane..?? awak duduklah kat sini sampai besok..

HARGAI DIA SELAGI DIA ADA DISISI.. :)



P/s : dah  lama tak buat entry ceritera.
more ceritera : scroll in your dashboard.  thank you. 
happy reading. and bagitau sikit apa perasaan anda :).

Perlu ke perempuan Make up?

Assalamualaikum and hi semua,

 Make up dengan perempuan macam adik beradik, tak boleh dipisah kan. setiap perempuan mesti pernah bersolek even secalit lipbalm di bibir or sedikit bedak dekat muka. tapi perlu ke perempuan make up nie?

 Pening nak jawab soalan nie, sebab ada sorang laki ni, tanya kat saya kenapa semua perempuan suka make up? dalam hati sebenarnya, bukan guna duit kau pun nak make up kan.. tapi tape lah, mungkin dia rasa curious je kot. so kena baik sangka sikit. hihi

 saya memang always, pakai bedak bila keluar even pergi kedai sekali pun. cuma tade lah berlebihan sangat, cukup pakai bedak sikit sikit then pakai lip balm, kadang kadang pakai eyeliner. elak dari muka macam bangun dari tidur. hanya untuk kekemasan.



 tapi be aware para perempuan semua, kita suka sangat make up tapi tak sedar dengan tabarruj, yang menghias secara belebihan sehingga mengundang fitnah atau membuat para lelaki tertarik tertawan. more info :http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1461 . baca untuk sedikit sebanyak tentang tabarruj ni. lelaki pun bole baca, untuk bakal isteri lagi ke? :)

 kadang kadang , kita sebagai perempuan tade niat pun nak make up sampai buat lelaki tergoda. saya tahu, and saya faham. sebab tu start hari ni, kita kena make up secara sederhana je oke

 kay till then, salam sayang untuk muslimah kat luar sana :)

P/s : apa pandangan and  pengalaman uolls boleh share  disini.

Fashion : Inspire new style baju raya / baju kurung 2013. *minniemouse boutique*

Assalamualaikum semua and cheers,


  Bila ramadhan dah nak start, syawal pun akan menjelma so mungkin ramai yang tenga survey baju kurung terbaru dari internet. so hari ni saya bagi sedikit inspire, baju kurung peplum dan baju kurung moden yang cantik. mana lah tahu anda boleh tukang jahit anda sedikit idea untuk baju  raya anda nanti atau anda boleh survey baju yang lebih kurang sama dekat mana mana butik online dekat malaysia nie.. nanti ada masa tiqa list kan semua senarai butik online yang dipercayai kay .. :)

   saya harap collection baju raya 2013 yang saya pilih ni boleh bagi inspire untuk anda .. sambil anda dapat idea, sambil tu anda boleh cuci mata.. hihi











see sangat lawa kan. rasa nak je grab semua.. my favourite picture number satu. favourite anda?
entry ini khas untuk beri inspire untuk baju raya anda,
hope bole bagi sedikit inspire untuk hari raya 2013 anda. peace..

this picture credit to : Minniemouse boutique

sekiranya berminat : https://www.facebook.com/byAnysSyuhada
                                                          or
                               http://www.anyssyuhada.blogspot.com/

P/s : harga barangan di Butik Minniemouse sangat murah. seriously..:)

Memang semua perempuan mata duitan eh?

Assalamulaikum uollss .

  pernah tak kawan kawan lelaki or boyfriend tanya soalan macam nie. soalan ala ala mcm perempuan pisau cukur kan. " semua perempuan suka shopping mesti mata duitan kan? " tak pun, "eh lelaki tu tak handsome mana pun.. mesti laki tu banyak duit sebab tu perempuan suka.. " Pernah dengar tak?

  kalau uolls pernah dengar, apa korang nak jawab eh?

  kalau ada orang tanya, awak ni mata duitan ke tak? uolls jawab ape.. nak tau sikit..




  By the way, saya memang mata duitan. saya suka duit, saya suka shopping, saya suka habis kan duit dekat makanan. tapi tak bermakna saya membazir dan mencintai seseorang kerana duit.. tak pun berkawan dengan seseorang kerana duit..


  kay till then..terima kasih baca
 bagi sedikit jawapan untuk soalan atas kay. thank you.. :)

 

Photoshoot : Ungu Hitam Putih


Assalamualaikum semua,

  konsep ungu hitam putih atas ketandusan idea untuk menulis tajuk post Sebab post ni just untuk kenalkan kawan kawan saya masa kat matriks melaka dulu. hihi oke sila jangan percaya kay.. sebenarnya dalam hati nak tayang jubah jeh luls..

 dengan suka hati riang gembira saya pilih tajuk warna baju sendiri, tanpa memikirkan baju orang lain kat dalam ni. bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.. so sebab tu, saya fikir baju saya sendiri sebab saya tak tahu berapa ukuran mereka kan,, hehe. After this mesti A. Samad Said saman atas kerana merosakkan peribahasa Malaysia. ampun ya, A. Samad Said, tidak terniat pun di hati ini untuk menjatuh kan martabat bahasa melayu. Ini adalah gurauan semata. * explain macam A. Samad Said baca je hihi*

  Actually ni saya pakai masa Islamic Festival kat matriks, budak najah tarbiah pelajar buat lelongan untuk festival untuk kutip derma, so saya pun memeriahkan majlis tu jugak even saya bukan student Najah Tarbiah Pelajar (NTP) . kumpulan NTP ni kira macam ustaz or ustazah versi student lah kat Matriks. masa menulis ni teringat kat Abang Rahmat, Ketua NTP, masa saya belajar dulu. Ramai gila Crush dengan dia. Almaklum solat and ibadah terjaga then biasalah muka boleh lah hensem, hensem sikit dari Qi Qushairi, Ex boyfriend yuna zarai dulu tuh. yang sekarang ni last last Nelydia Senrose, *sempat I gosip oke , uollss* hehe

  Oke dah Bosan baca? oke kita tengok gambar yang menarik sikit dari pertunjukan zoo negara.


 Shawl biru ni is one of my roommtae kat matriks,
saya dapat join lelongan ni pun sebab dia lah, sebab dia student NTP. *tak tahu apa NTP?*
baca perenggan atas orait. tu lah skip baca entry saya lagi. *siap mara lagi uollls, tak sporting langsung atiqa anuar ni.* hehe

 Gambar yang Lebih jauh sedikit dari gambaratas, agar uolls  boleh tengok jubah kami dua. hehe
tangan saya diperut untuk menahan perut agar tidak terlihat kebesarannya.. jangan nak zoom in pulak eh. hihi
\ nama my roommate is Amalina azhar. bakal doctor ameenn..



 memang dirancang kunun nak nampak bossy.. tapi bila dua kali tengok dah macam buat marhaban 
Marhaban pun marhaban lah kan.. korang ada ke gambar marhaban ?


 Letih letih pun still nak bermisai. nasib baik comel. kalau tak..
kalau tak .. ermm.. Tiqa kahwin kan amalina dengan syamsul yusof! hehe
Amalina ni crush dengan Syamsul Yusuf, even saya tak nampak mana kehandsoman beliau lah kan.



Lastly photoshoot yang gilang tapi tak berapa gemilang sangat. hikhik *gelak comel*
tapi photoshoot biasa jeh, tak macam uollls kan photoshoot masuk magazine. nada jelous kelihatan. hehe


so till then kay,
terima kasih daun keladi kerana baca. 


DIY : Ribbon Brooch Simple *WITH 7 GAMBAR*

Assalamualaikum semua and hi :)

    Hari ni saya nak kongsi macam mana buat brooch yang simple. so sebelum tu, mestilah ada :


1 : Kain plain or corak 6" x 3.5" (maksudnya width 6 cm height 3.5 cm)
2 : Pin bertutup
3 : Glue Gun
4 : Pembaris
5 : Pensil / Pen



Antara barang barang yang kita perlu. Sorry gambar kabur. Parkison sikit. luls okay


CARA CARA MEMBUAT BROOCH SIMPLE.:

1..Mula dengan lukis line vertical and horizontal, untuk bahagikan kepada 4 part. Untuk lebih faham tengok gambar #step one okay?

2. Cari tumpu tengah and dengan beraninya letak sedikit glue di hadapan dan belangkang kain. Refer #step two

3. Then, lipat kan kain separuh dari horizontal tadi , and lekat kan kepada hot glue yang kita lekat tadi. Refer #step three

4. After buat lipatan dengan kemas, ambil sedikit kain untuk balut tengah kain supaya kelihatan seperti reben seperti #step four

5. Lekat kan pin di belakang reben tadi menggunakan hot Glue gun refer #step five. Biarkan 2 minit dan dah selesai.


#STEP ONE

#STEP TWO

#STEP THREE
TIPS: Jangan letak terlalu banyak hot glue, nanti mudah comot.

#STEP FOUR

#STEP FIVE


Brooch ribbon simple yang sangat mudah dibuat hanya ambil masa lebih kurang 10 minit. so uolls tak perlu lagi beli kat luar kan? Selamat Mencuba.

Akhir Khalam. terima kasih kerana membaca :)
160