Saya Perempuan

Assalamualaikum,

saya perempuan dan saya sedang terasa hati.

saya selalu dengar lelaki cakap, perempuan  tak perlu belajar tinggi tinggi nanti alih alih tetap dekat dapur jugak. tak perlu belajar jauh jauh dari keluarga. Buang duit je belajar sampai Master nanti lepas kahwin tetap tak bekerja. Duduk rumah jugak. So lebih senang tak payah belajar. Lebih baik kahwin muda muda, kan waktu muda kaum perempuan still subur, boleh dapat anak ramai.

Ada sesetengah lelaki juga cakap, Perempuan tak perlu belajar sangat. Nanti suami jugak tanggung makan minum. Perempuan lebih baik belajar memasak, menjahit, dan kemas rumah. Just practise untuk jadi isteri yang baik. kekonon dengan alasan bukan untuk siapa pun untuk suami dengan anak anak. Dan banyak kali saya dengar lelaki yang terlalu "HEBAT" cakap,  perempuan yang tak reti masak perlu direject, tak cukup kriteria untuk jadi isteri yang baik. siap memastikan masakan perempuan tu sedap ala ala mak atau nenek yang pakar memasak, barulah calon pilihan utama.

Whatt? * sambil buat muka annoying tahap panda dan sedang siap sediakan alat untuk memanah.*











 Angkat dan lepas anak panah. Pastikan anak panah Aim betul betul dekat mulut Gene XY. Sambil cakap ini akibat mulut tade insuran. lepaskan anak panah. dan gelak sepus puasnya. orang jahat akan kena terima balasan. Penonton pun bersorak gembira, padan muka pada penjahat..
 HAPPY ENDING.

Oke, Sambung balik..

Jujur, Saya sebagai perempuan saya benci perkara tu,

Kenapa lelaki boleh belajar tinggi dan perempuan tak boleh?? Perempuan pun hebat apa. Salah ke kaum perempuan nak belajar tinggi. Dulu orang kutuk perempuan ni tahap IQ tahap rendah,perempuan dulu ditindas sebab tiada pendidikan. But sekarang dah ada pendidikan pun orang pertikaikan. Lebih baik kahwin lah ape lah. Iskk.. sikit sikit kahwin. Kau ingat Perempuan ni hidup untuk kahwin je ke??

Perempuan dah ada pendidikan mungkin lebih daripada seorang lelaki, tapi tak bermakna kitorang tak boleh memasak beb. Kitorang tahu lah alih alih kitorang kat dapur jugak. Tapi itu adat Melayu oke..  kalau kita tengok tugas seorang Isteri dalam islam tugas isteri hanya Melayan suami, Melahirkan anak dan Mendidik anak.

so wahai lelaki luar sana, Kerja memasak, bertukang, mengemas rumah, or menjahit tu kerja seorang lelaki kalau ikut dalam islam. Kau nak kata perempuan tak reti masak, nak reject pulak. Padahal itu sepatutnya kerja para lelaki yang gagah dan hebat diluar sana.

 Kata nak ikut Sunnah Rasullullah.

Amboi kalau nak Kahwin Poligami tu kau pandai pulak nak ikut Sunnah Rasullullah, Kerja kerja sebagai suami tu kau tak nak pulak kata ikut Sunnah. Kata lelaki gagah beb, takkan nak memasak pun tak boleh.. so boleh lah  kepada semua perempuan di dunia ni pulak nak cakap lelaki tak tahu masak kena reject, siap cakap tak layak jadi suami... saya pasti lelaki kat luar sana sakit hati. Padahal masa kaum korang cakap macam tu dekat kaum perempuan, tak fikir perasaan kaum saya. *emo emo*

Saya tak salahkan adat melayu yang memilih perempuan yang pandai memasak tu satu pilihan yang baik. Betul tak salah. tapi kadang kadang rasa macam tak adil bagi saya sendiri. Lelaki seolah meletakkan tanggungjawab diri dia  kepada perempuan.sedangkan semua tu tanggungjawab mereka sendiri. Kalau rasa kau perlu menyara keluarga, kau ingat perempuan tidak boleh ke menyara diri sendiri. Perempuan sama hebat dengan lelaki walaupun kami hanya ada satu akal.

Saya tak cakap sekadar menulis tanpa merasai. Ini pengalaman saya. Setiap lelaki yang saya sudah lama kenal dan baru sahaja kenal akan bercakap pasal semua ini. Ada pengalaman dari kawan saya jugak, yang pernah her tunang suruh dia masak. tapi oleh kerana dia masak macam kurang sedap agaknya, habis putus tunang, saya tak kisah kena masak tapi kadang kadang jangan melampau. saya rasa macam lelaki Malaysia macam otaknya sempit. Nak seorang isteri ke tukang masak?

saya perempuan dan saya harap lelaki faham. Saya perempuan dan saya sedang terasa hati dengan kaum adam. saya perempuan bukan hidup diatas bumi untuk hanya berkahwin dan menjadi hamba lelaki.


P/s: penulisan ini mengandungi unsur berat sebelah dan mempunyai emosi terlalu kuat. Maaf sekiranya penulisan menyakiti mana mana pihak, dan hanya untuk menyedarkan sahaja. By the way, kalau anda bukan seorang lelaki seperti yang saya cakapkan. Saya ucap seribu tahniah kepada anda, kerana anda mungkin satu daripada seribu lelaki yang baik. Berbeza dengan lelaki di luar sana. Salute!




5 comments:

Anonymous said...

kau perempuan? hidup kau bukan untuk kahwin? baguslah. kalau isteri2 nabi boleh baca blog kau ni... apa agaknya dia cakap kat kau. sedangkan kahwin tu pun sunnah nabi.
cakap cakap jugak.
jangan sampai nampak sangat kebodohan akal kau sebagai perempuan. kebanyakan perempuan belajar tinggi2. tapi akal cetek. takbur sebab rasa dah bagus sangat.
isra' mikraj tu pun dah nampak kat neraka ramai golongan wanita.
islam tu mudah. tapi jangan ambil mudah.
aku pun perempuan. aku tengah buat phd abd dah kahwin dah pun.
kalau tengah ada masalah emosi. jangan menulis.

Tcca Anuar said...

Assalamualaikum puan..

thank u for your feedback.:)
saya rasa puan salah faham tentang entry saya.

Anonymous said...

Anonymous kat atas. kak emo, kalau tengah emo jangan komen kak. Betul lah akak cakap perempuan bljr tinggi2 pun otak cetek, buktinya akak. Phd tp otak mcm upsr. Takkan benda simple yg dia tulis pun kau tak faham. Bodoh. Phd dalam masakan agaknya si bodoh ni sbb tu otak kosong. Aku malas nak terangkan apa maksud penulis ni bg org bdoh mcm kau faham, biarlah kami yg berotak je faham sendiri2. Aku cuma nk cakap, aku sokong apa yg penulis ni kata 100% cuma gaya penulisan dia yg tak tegas tu yg buat pint anda goyah. Jangan minta maaf atas kelantangan anda perbetulkan persepsi sempit lelaki malaysia. Jangan berpura2 kata anda emo sedangkan penulisan anda lahir dari pemikiran. Cuma of course lah pendapat org lain2,tu lantak dyorg lah kan. Apa pun, nasihat sy kalau ada pendapat dan nak menulis, berdirilah di satu standpoint yg teguh. Sbb apa yg anda katakan mmg benar.

Anonymous said...

Aku tk yakin kau pljr PHD..sbb cara komen sngt² bukan golongan berpendidikan tinggi. Betul lh dia ckp, perempuan hidup bukan utk kahwin. Kita hidup di dunia bukan tujuan semata2 utk kahwin.. sbb tu hukun kahwin pun ade lima..pdh lh nsgt lol

Anonymous said...

PHD KONON HAHAHAHA

160