Infographic : Makanan untuk mengelakkan masalah penghadaman.- Daviscon


Assalamualaikum readers yang awesome.

  Rasanya cepat sangat Ramadhan bakal melabuhkan tirai. and syawal bakal mendatang kan. Tinggal berapa hari je nak puasa, tak tahu lah kalau saya seorang je yang rasa tapi puasa tahun 2013 terlalu cepat. rasa macam semalam je berpuasa. rasa macam tak puas je puasa tahun ni. haha padahal dah tak sabar nak raya kan, siap dah beli baju raya, kasut raya, kuih raya, langsir raya, kereta raya, ah semua benda nak raya dah beli, nasib baik boyfriend raya takde lagi. hehe

 Tapi hari ni bukan nak cerita pasal barang barang raya. tapi tentang makanan yang kita makan masa berbuka puasa and Makanan raya nanti. Almaklum lah kan, kita ni khusus rakyat malaysia yang cantik dan tampan kekadang bila makan semua nak sumbat dalam perut selagi perut tu tak mengembung macam ada baby 3 bulan tak nak stop makan kan. 

 Yelah sape sanggup melihat rendang didepan mata tapi tak makan! 



   Yelah sape tak terliur tengok kuih pelita didepan mata tapi tak makan.!


 Yelah siapa sanggup tahan lapar tengok lemang masa raya tapi tak makan!



dan yelah mana ada semangat raya kalau coca cola depan mata tapi tak boleh minum! *ek macam pelik je huhu my mum kata tak elok minum, nanti keci manis. my mum cakap lah, tapi kekadang miinum jugak. hihi*




 semua makanan tu makanan yg kita always makan masa raya kan, then makan banyak sekaligus pulak tuh, memang menyebabkan pedih ulu hati or sembelit kan then ada jugak yang kena cerry berry kan.? so kat sini Daviscon dah bagi sikit pesanan untuk anda anda semua untuk elak semua perkara yang merosak hari anda ketika raya.

  kepada yang still tak tahu apa itu pedih ulu hati/heartburn adalah :

bermaksud seseorang itu merasakan sensasi seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bhg dada ataupun di bhg tengah perut betul2 di bawah permukaan dada...pedih ulu hati selalunya dpt dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang. -kata pakar 

  Antara sebab musabab pedihnya ulu hati :

masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid drpd perut ke dlm esofagus..bagi sesiapa yg pertama kali mendengar istilah esofagus..ianya adalah satu tiub atau saluran yg menghubungkan mulut dan perut anda...fungsi esofagus adalah menyalurkan makanan yg anda makan terus ke dalam perut.

 Oleh kerana itu, Davidscon telah memberi sedikit pesanan melalui infografik untuk anda sekalian. Betapa sayangnya Daviscon dekat kita semua. sila terharu sekalian. hehe *fuh, macam ayat dalam dewan bahasa oke*




baca baik yea, kawan kawan !
tengok bagi susunan colour pada carta, mana yang perlu makan lebih and yang mana tak perlu makan banyak. Alert oke. jangan main makan semua benda, sayangi diri anda seperti anda sayang ibu/mak anda. Mendalam kan ayat dia. hehe

 last but not least.
 Sanggup ke Family, sanak saudara, kawan kawan, boyfriend/ girlfriend anda semua beraya sakan tapi uolls beraya ulang alik ke toilet. fikir fikirkan selamat beramal. :)

till then, terima kasih baca.

No comments:

160