Bila Perempuan diikategorikan tidak lawa dan tidak sempurna.

Assalamualaikum and hi readers,

  Kalau perempuan mesti kena lawa, lelaki tak handsome dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti kena kurus, lelaki gemuk dikira takpe..
  kalau perempuan mesti kena putih, lelaki gelap dikira takpe..
  kalau perempuan mesti pandai bergaya, lelaki  sakai dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti rajin, lelaki pemalas dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti kena pandai, lelaki bodoh dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti tinggi ilmu agama, lelaki jahil dikita takpe..
  Kalau perempuan mesti pandai masak, lelaki tukang makan dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti bersih, lelaki pengotor dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti kena sopan, lelaki mencarut dikira takpe..
  Kalau perempuan mesti kena sabar, lelaki panas baran dikira takpe..

Karya atiqa anuar..

 

1. Lelaki perfectionist tahap pertama

Jujur, saya tak suka lelaki demand anything dari saya. Tambah kalau lelaki tu kritik apa yang saya pakai, I never care, apa saya pakai janji look sopan and cantik kat mata saya. kadang kadang saya annoying dengan lelaki yang kununnya perfectionist. contoh lelaki perfectionist tahap pertama,

"siapa yang nak jadi isteri saya mesti pandai masak and boleh jaga pakai jaga saya! kalau tak, kena reject"

 Soo demanding.. seriously menyampah sangat. Awak ingat isteri, awak tu hamba abdi seumur hidup awak.? yea, saya tahu perempuan kalau boleh pandai masak, tak sanggup makan kat luar hari hari kan. tapi sampai reject tu, sangat too much. Kalau yea pun, awak nak isteri pandai masak, tak perlu canang kat semua orang. simpan dalam hati, doa supaya dapat isteri yang awak idamkan. macam tu caranya oke :) saya tahu, dimata lelaki. kalau perempuan tak reti masak ni kira bukan wanita idaman lelaki malaya. Girl take note.


2. Lelaki perfectionist tahap kedua

 Lagi satu kalau perempuan kurang lawa dan gemuk, Sedih nak cerita, even bukan saya yang kena. Masa saya kat sekolah dulu, ada sorang lelaki ni takdelah handsome mana pun, tapi kunun macam gangster kat sekolah.. kira famous lah, bajet handsome gila, padahal muka !@#$%^ . haihhhh. My dad pun dua kali ganda lagi handsome. ada one day tu, perempuan badan besar *ayat sopan* ni suka kat mamat tuh, then  dia reject and cakap..

 "Weh badak lumpur, aku lebih sanggup bercinta dengan gajah cacat kat zoo dari bercinta dengan kau!"

 dengar pun macam kena heart attack. nasib baik after mamat cakap macam tu, perempuan tu lempang dia sampai tergolek. padan muka! Kebanyakan lelaki melayu tak banyak yang handsome pun, tapi demand nak perempuan cantik. Kalau tak cantik, nak pandang sikit pun tak.. bukan tu je, siap kutuk lagi. Tak sedar diri betul. Saya tahu setiap lelaki suka  tengok kecantikan perempuan kan? tapi tak perlu kutuk sampai menghina. perempuan juga manusia. And Girl kat luar sana, awak semua cantik.. kalau lelaki menghina diri anda, Katakanlah, Diriku ciptaan Allah, hanya Allah yanh sempurna.. :)


The end, thanks baca ,
p/s : Wahai perempuan, jagalah diri anda .
you can take everything dalam entry ni. tak perlu minta izin saya :)


7 comments:

Puan Eka said...

kita tak suka lelaki mcmtu. Meluat sangat tau.

Kalau lelaki tu ikhlas nak memperisterikan seorang wanita itu, tak sempurna tak apa, boleh diajar selepas kahwin.

kan?

NanaELF15 said...

Mintak kita dijauhkan dari mereka yang macam ni .

Tcca Anuar said...

@Cik akak :

: betul betul. sokong! mengada je nak sempurna serba serbi. hehe

Tcca Anuar said...

@NanaELF15 :

: ameen, semoga nana dapat jodoh yang baik :)

Nick Nashram said...

suka baca entri ni..kite nak demand pun kena cermin balik diri kite kan..cantik dan hensem benda subjektif..apepun, syukur dengan apa yg tuhan bagi kat kite :)

Tcca Anuar said...

@nick Nashram:

: terima kasih nick. betul, kita kena syukur apa yang kita ada. suka dengan keyataan cantik and hensem adalah subjektif. seriously :)

http://leyzzainieys.blogspot.com/ said...

suka entry nie #TccaAnuar :). betol cakap #nickNashram cantik dan hensem bnde subjektif .

160