Photoshoot : Ungu Hitam Putih


Assalamualaikum semua,

  konsep ungu hitam putih atas ketandusan idea untuk menulis tajuk post Sebab post ni just untuk kenalkan kawan kawan saya masa kat matriks melaka dulu. hihi oke sila jangan percaya kay.. sebenarnya dalam hati nak tayang jubah jeh luls..

 dengan suka hati riang gembira saya pilih tajuk warna baju sendiri, tanpa memikirkan baju orang lain kat dalam ni. bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.. so sebab tu, saya fikir baju saya sendiri sebab saya tak tahu berapa ukuran mereka kan,, hehe. After this mesti A. Samad Said saman atas kerana merosakkan peribahasa Malaysia. ampun ya, A. Samad Said, tidak terniat pun di hati ini untuk menjatuh kan martabat bahasa melayu. Ini adalah gurauan semata. * explain macam A. Samad Said baca je hihi*

  Actually ni saya pakai masa Islamic Festival kat matriks, budak najah tarbiah pelajar buat lelongan untuk festival untuk kutip derma, so saya pun memeriahkan majlis tu jugak even saya bukan student Najah Tarbiah Pelajar (NTP) . kumpulan NTP ni kira macam ustaz or ustazah versi student lah kat Matriks. masa menulis ni teringat kat Abang Rahmat, Ketua NTP, masa saya belajar dulu. Ramai gila Crush dengan dia. Almaklum solat and ibadah terjaga then biasalah muka boleh lah hensem, hensem sikit dari Qi Qushairi, Ex boyfriend yuna zarai dulu tuh. yang sekarang ni last last Nelydia Senrose, *sempat I gosip oke , uollss* hehe

  Oke dah Bosan baca? oke kita tengok gambar yang menarik sikit dari pertunjukan zoo negara.


 Shawl biru ni is one of my roommtae kat matriks,
saya dapat join lelongan ni pun sebab dia lah, sebab dia student NTP. *tak tahu apa NTP?*
baca perenggan atas orait. tu lah skip baca entry saya lagi. *siap mara lagi uollls, tak sporting langsung atiqa anuar ni.* hehe

 Gambar yang Lebih jauh sedikit dari gambaratas, agar uolls  boleh tengok jubah kami dua. hehe
tangan saya diperut untuk menahan perut agar tidak terlihat kebesarannya.. jangan nak zoom in pulak eh. hihi
\ nama my roommate is Amalina azhar. bakal doctor ameenn..



 memang dirancang kunun nak nampak bossy.. tapi bila dua kali tengok dah macam buat marhaban 
Marhaban pun marhaban lah kan.. korang ada ke gambar marhaban ?


 Letih letih pun still nak bermisai. nasib baik comel. kalau tak..
kalau tak .. ermm.. Tiqa kahwin kan amalina dengan syamsul yusof! hehe
Amalina ni crush dengan Syamsul Yusuf, even saya tak nampak mana kehandsoman beliau lah kan.



Lastly photoshoot yang gilang tapi tak berapa gemilang sangat. hikhik *gelak comel*
tapi photoshoot biasa jeh, tak macam uollls kan photoshoot masuk magazine. nada jelous kelihatan. hehe


so till then kay,
terima kasih daun keladi kerana baca. 


No comments:

160