Ambil UPSR kali kedua. Eh?


Assalamualaikum semua readers,

Alhamdullillah kini dah semester 2 di Matrikulasi Londang, Melaka. akhirnya bakal mengahiri pengajian matrikulasi. even dalam bulan 5 baru habis sebenarnya. hehe  Insyaallah biarlah saya dapat menamatkan dengan cemerlang..  amiin.. so sekarang ni makin busy preparation untuk exam.  kalau budak 12 tahun tu ambik UPSR dan pakat target 5A. saya ambil UPS kurang R untuk dapat 4A. hehehe UPS stand for UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER. kira carry mark untuk final exam nanti.. 

Jujur kadang kala saya sendiri tak berani menghadapi cabaran ketika di matrikulasi but after result final PSPM semester 1 keluar. saya mula yakin pada diri saya. Mungkin kerana result saya masa tu , Alhamdullillah sangat baik, even bukan lah dapat pointer 4.00. tapi bila lepas 3.5 keatas saya cukup cukup bersyukur.. dan saya kena hadapinya untuk kali kedua ... saya terasa macam leher di jerat jerat..  heee~


Teruskan melihat gambar bole? tangan lenguh nak menaip..
yea saya tahu saya sungguh menggedik tahap baby dinasour .. hehe

saya rajin baca buku, saya sangat cintakan buku. buku itu jiwa saya, jiwa saya dan buku adalah satu..
ouh sila jangan percaya.. please~
anda dibenarkan mmenyampah dengan kadar sederhana...


Gambar diambil di library , Almaklum kalau study dalam bilik akan tertidur dengan jayanya sampai terlupa nak buat tutor dan Report.. Kalau dekat library kan susana tenang tiada gangguan dari suara suara yang menjerit macam orang gila, dapat lari daripada tengok cerita Runningman yang sangat mengkhayalkan.


Buku biology yang tersusun rapi.  sampai tak sampai hati nak baca. hehe


terjumpa buku The DAVINCI CODE

 Buku ni macam best tapi tengok title rasa macam tak sesuai untuk umur yang muda ni je.. hehe
so reject reject. hehe


 sangat menarik perhatian untuk membaca..
tapi malangnya terpaksa ku meletak kembali, kerana ku khuatir aku setia kepada kamu dan mendua kan buku buku pelajaran yang bakal membantu aku nanti. maafkan diri ku.. ku tak bisa memilihmu.
ouh ku sangat jiwang~ tahniah atiqa..


 dan saya kena terus focus belajar demi masa depan yang cemerlang...


 yea, waktu saya belajar saya kembali lagi. 
doa kan saya untuk exam yang akan datang ni..
terima kasih kerana sudi membaca rintihan dan penulisan yang tak seberapa. :)


No comments:

160