Ceritera lawak : Jam Gong budak Punk.

Punk punk. cantik nya rambut. macam Landak yang saya bela lah. hehe


Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah Gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini Jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

P/s :kalau aku jiran dia. dah lama aku pukul kepala dia dengan Gong

6 comments:

zulhilmi tempoyak said...

ni realiti ke fantasi ni..??

gong tembaga...

hmmm...

Tcca Anuar said...

@zulhilmi :

: fantasi.

ada ke gong tembaga? ermm..

xanders.co said...

kalau aku jiran dia, aku sembelih budak tu siang nt. HAHAHA

Tcca Anuar said...

@xanders.co

: sokong, sembelih masak sup daging. sedap tuu~ hehe

Saia Budax Lanun said...

Assalam... poyolah kwan mamat tu..... hahahhaa...

Tcca Anuar said...

@budax lanun :

:kawan mama tu memang budak poyo.. nasib baik tak kenal. hehe

160